Thursday 23 June 2011

MANUSIA PALING MENARIK


“Aku tidak pernah melihat seorang yang wajahnya terlebih tampan dan kacak, sama ada sebelum dan selepasnya.”

“Apakah wajah Nabi Muhammad itu seumpama pedang yang mempunyai tepi yang tajam?” Al-Barra menjawab “Tidak, wajah baginda bagaikan bulan”


Muhammad SAW



Arab Badwi mengencingi masjid. Seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid di hadapan nabi. Lalu para sahabat bermaksud mencegahnya.maka Nabi Muhammad melarang mereka dengan berkata , “Jangan kamu putuskan kencingnya.” Kemudian nabi berkata pada Badwi, “Masjid-masjid ini tidak patut bagi sesuatu kotoran, kencing dan najis.”  Dalam hadis lain nabi menerangkan “ Dekati dia, jangan kamu jauhkan”.

Nabi memaafkan Abu Sufyan. Pada hari pembebasan Kota Mekah seorang lelaki yang pernah menjadi panglima tertinggi Quraisy masuk ke dalam khemah nabi dengan badan gementar dan wajah ketakutan. Dia adalah Abu Sufyan yang telinganya sudah tidak tahan mendengar pekik kemenangan dan matanya tidak mampu melihat panji-panji kemenangan berkibar disetiap sudut, di mana pada saat itu tidak seorang pun daripada bekas anak buahnya yang menampakkan hidungnya. Abu Sufyan datang memohon dengan hina diri supaya nabi menyelamatkan jiwanya. Apabila di ingati di masa jayanya, betapa Abu Sufyan dengan angkara mungkarnya menumpahkan darah muslimin, Betapa pula kejahatan yang pernah dilakukan dan dosa yang begitu besar, Rasanya sukar untuk memaafkan. Tetapi dengarlah apa yang di kata oleh nabi.

Sesungguhnya aku di utus bagi menyempurnakan budi pekerti.

”sesiapa yang masuk ke dalam Masjidil Haram terjamin keselamatannya! Sesiapa yang masuk kedalam rumah Abu Sufyan terselamatlah ia. Sesiapa yang masuk kedalam rumahnya sendiri terjamin keselamatannya. Cubalah perhatikan sekali lagi ucapan Rasulullah, kata-kata yang tidak pernah difikirkan oleh panglima. Kata-kata yang cukup menghilangkan kegelisahan sebagai tanda pengampunan. Pada hal rumah Abu Sufyan  pernah menjadi pusat fitnah dan markas perkumpulan musuh-musuh islam. Di dalam rumah itu pula tinggal Hindun, isteri Abu Sufyan yang sudah membelah perut Hamzah, bapa saudara Nabi dalam perang Uhud. Hindun mengunyah hati Hamzah dengan buas, malahan usus Hamzah dikalungkan di lehernya. Dalam sejarah manusia, manusia manakah mendapat pengampunan secara percuma sebagaimana yang di tunjukkan nabi? Manusia manakah yang mempunyai akhlak sebegitu luhur dan agung? Benarlah sabda nabi, “Sesungguhnya aku di utuskan bagi menyempurnakan budi pekerti.”

Nabi memaafkan Fudholah yang hendak membunuhnya. Pada saat nabi sedang bertawaf di Kaabah, seorang lelaki bernama Fudholah bin Umair berniat hendak membunuh nabi. Fudholah menyelinap dalam rombongan kumpulan orang yang bertawaf dan mendekati nabi. Pada saat itu, Fudholah sudah berada di samping nabi dan mempunyai peluang untuk membunuhnya. Tetapi Fudholah tiba-tiba terkejut apabila bertemu pandangan dengan nabi. Nabi menyoalnya “Apakah engkau bernama Fudholah?” Dengan gementar ia menjawab, “Ya, Benar. Aku adalah Fudholah wahai Muhammad.” Nabi bertanya, “Niat apakah yang terkandung dalam hatimu?” Fudholah berkata dengan gementar. “Tidak ada suatu apa pun…aku hanya berzikir.” Tertawalah nabi sambil berkata kepada kepada Fudholah “Minta ampunlah kepada Allah atas dosa dan niat jahatmu wahai Fudholah.” Kemudian nabi meletakkan tangannya yang penuh kasih sayang dan keberkatan ke dada Fudholah. Kemudian Fudholah berkata, “Demi Allah, nabi mengangkat tangannya dari dadaku, aku berasa tidak ada seoarang pun di dunia ini yang lebih aku cintai dan sayangi daripada Nabi Muhammad.” Apakah dunia mengenal keseimbangan rasa sebagaimana di contohi oleh Nabi Muhammad. Insan luhur yang bagaimanakah Muhammad itu? Ya itulah peribadi unggul, peribadi yang di bentuk oleh wahyu dan dibesarkan dalam siraman cahaya iman, tidak akan padam sehinggalah dunia ini kiama

Wednesday 22 June 2011

TANGISAN mengiringi PERPISAHAN


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Diriwayatkan dalam 1 cerita;-
  

Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun beliau tidak kisah malahan terus berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.   Detik berpisah akhirnya tiba, Ibnu Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan "Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."   

  
MORAL & IKTIBAR****  
 
    • Buatlah kawan dengan siapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah

    • Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.

    • Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang seia dan sekata amat sukar

    • Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)

    • Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

    • Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya

    • Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah
      Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.   
       



wallahu alam...



















Tuesday 21 June 2011

HIJRAH - iltizam tahun baru

UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.

 



Mengenai hijrah ke Yathrib, Rasulullah SAW ada menceritakan dalam hadisnya yang bermaksud: "Aku melihat dalam tidurku aku berhijrah dari Makkah ke satu tanah yang banyak pokok kurma. Pada mulanya aku menyangka Yamamah atau Hajar, rupa-rupanya ia adalah Madinah, iaitu Yathrib." - (Hadis riwayat Bukhari)
Hijrah mempunyai nilai yang tinggi untuk diletakkan harganya, bukan kerana disambut setiap tahun oleh masyarakat Islam di negara ini melalui pelbagai atur cara, lebih dari itu ialah nilai penghayatan yang tersirat dan dipancarkan melalui pengertian penghijrahan itu sendiri.



Nilai penghijrahan yang mesti dihayati itu mempunyai nilai darjatnya yang tinggi di sisi Allah. Penghijrahan mesti dilakukan kerana Allah seperti mana yang diakui Nabi Allah Ibrahim, yang sedia patuh dan tunduk kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya aku akan berpindah ke tempat yang diperintahkan oleh Tuhan." - (Surah al-Ankabut, ayat 26)
Penghijrahan Rasulullah SAW hendaklah dilihat dari pelbagai perspektif membabitkan perancangan strategik dengan melihat ruang dan peluang di tempat baru. Hijrah dilakukan semestinya kerana Allah, demi mendapatkan keredaan-Nya.



Firman Allah yang bermaksud: "Maka orang yang berhijrah, yang diiusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Aku hapuskan kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah, pada sisinya pahala yang baik." - (Surah Ali-Imran, ayat 195)

Sebenarnya, urutan peristiwa Penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Yathrib ini bermula apabila pemuka-pemuka Quraisy yang diketuai Abu Jahal berasa tercabar dengan penyebaran Islam di Kota Makkah dalam tempoh 13 tahun itu. Sepanjang tempoh tersebut mereka telah melakukan pelbagai bentuk seksaan dan kezaliman terhadap Muslimin untuk menanggalkan Islam dalam tubuh mereka. Anak isteri dipisahkan, harta benda dirampas, nyawa diragut, dipukul dan diseksa dengan seksaan yang begitu dahsyat dan mengerikan, namun tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu tidak berjaya juga menghalang kebangkitan Islam yang semakin luas penyebarannya dari sehari ke sehari.


Pemuka Quraisy yang mewakili kabilah masing-masing telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 26 Safar tahun ke 14 kenabian bertempat di Darul Nadwah bagi membincangkan langkah yang akan diambil untuk memusnahkan Islam. Di dalam persidangan itu iblis turut menghadirinya dengan menyamar sebagai Syeikh An-Najd (seorang tua dari Najd) yang turut memberi cadangan dan usul yang jahat. Persidangan itu akhirnya berakhir dengan menerima cadangan dari Abu Al-Aswad agar Rasulullah SAW dibuang negeri dan kemudian menerima pula cadangan dari Abu Al-Buktari yang mencadangkan agar Rasulullah SAW dipenjarakan.
Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril mengenai pakatan jahat itu dan memerintahkan agar Rasulullah saw berhijrah ke Yathrib. Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan ingatlah wahai Muhammad, ketika orang bukan Islam Makkah menjalankan tipu daya ke atasmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka, kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya" - (Surah Al-Anfal, ayat 30). Rasulullah SAW telah memberitahu sahabat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq mengenai makluman dan perintah dari Allah SWT itu dan membuat persiapan dan perancangan untuk berhijrah dari tanah kelahirannya itu.


Ringkasnya, Rasulullah SAW telah memerintahkan Saidina Ali bin Abi Talib, agar berbaring menggantikannya di tempat pembaringan dan menyampaikan beberapa pesanan dan amanah kepada Ali. Helah yang dilakukan oleh Baginda ini berjaya memperdayakan pengintip Quraisy yang telah mengintai tempat pembaringan Rasulullah SAW dan melihat sekujur tubuh sedang tidur yang disangkakan Rasulullah SAW itu. Rasulullah SAW telah berjaya melarikan diri dari kepungan Quraisy tanpa disedari oleh mereka walaupun seorang pun.


Rasulullah SAW bersama Abu Bakar bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thur dan bermalam di dalamnya selama tiga malam. Dalam tempoh itu, Asma dan Aisyah membawa bekalan makanan manakala Abdullah bin Abu Bakar pula menjadi perisik bagi mendengar sebarang berita atau perancangan dari pembesar Musyrikin dan Amir bin Fuhaira' pula mengembala kambing di sepanjang laluan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan Abu Bakar bagi menghapuskan kesan-kesan perjalanan mereka berdua itu. Sewaktu Rasulullah SAW dan Abu Bakar berada di Gua Thur ini telah berlaku beberapa mukjizat iaitu wujudnya sarang labah-labah di depan gua dan sebagainya sehingga tidak dapat dikesan oleh pihak musuh.


Pihak Quraisy yang kecewa akibat tidak berjaya menangkap mereka berdua telah mengumumkan beberapa tawaran istimewa berupa ganjaran 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya memberkas dua orang pelarian yang amat dikehendaki itu. Tawaran ini telah berjaya menarik minat Suraqah bin Malik yang berjaya mengesan jejak mereka berdua dan mengejarnya dari belakang. Namun impiannya untuk mendapatkan 100 ekor unta itu berkecai akibat beliau dan kudanya tersungkur rebah ke tanah.


Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar As-Siddiq meneruskan perjalanan mereka berdua melalui beberapa perkampungan di antaranya Tihama dan melintasi padang pasir yang luas dalam keadaan panas terik yang membakar padang pasir Sahara. Perjalanan yang penuh dengan kesusahan dan keperitan dengan melintasi padang pasir, batu kapur, lembah curam, binatang berbisa, kedinginan malam hari dan pelbagai tribulasi yang menguji Rasulullah dan rombongan penganut Islam. Segala bentuk kepayahan itu berjaya diharungi dengan hanya berbekalkan keimanan, ketabahan, kesabaran, kepatuhan yang tinggi kepada Allah SWT.


Akhirnya Rasulullah SAW bersama Abu Bakar tiba di Quba' pada Isnin 8 Rabiulawal tahun ke-14 Kenabiaan, sebahagian ulama mengatakan hari itu bertepatan dengan 12 Rabiulawal. Baginda menetap di situ selama empat hari dan mendirikan Masjid Quba'.


Maka pada 24 September 622M bergemalah alunan merdu Thola'al Badrul Alaina yang dialunkan sebagai meraikan selamat datang rombongan Rasulullah SAW dengan penuh gembira. Tanpa disangka dan tanpa diduga, golongan Ansar yang dahulunya berperang sesama mereka tetapi akhirnya menerima agama yang menyatukan hati-hati mereka. Sabda Rasulullah yang bermaksud "Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka diberinya pengertian ad-din" - (Hadis riwayat Bukhari). Kehadiran Islam menyatukan hati yang bersengketa bagi membentuk wahdatul qalb. Islam agama sejahtera ini telah menyatukan puak Ansar yang lama bersengketa itu. Suatu rahmat yang tiada bandingannya. Rahmat keamanan yang menenggelamkan persengketaan.


Renunglah kembali pengertian penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah yang memberi nafas baru kepada suatu perubahan yang besar dalam sejarah kebangkitan ummah. Penghijrahan beberapa orang sahabat ke Habsyah misalnya adalah sekadar penghijrahan biasa saja. bagi melarikan diri dari kezaliman, cemuhan dan seksaan Musyrikin Makkah dan penghijrahan Rasulullah SAW ke Yathrib adalah penghijrahan yang dilakukan atas arahan dan perintah Allah bagi meneruskan perjuangan untuk menegak, mengukuh dan mempertahankan Islam. Firman Allah yang bermaksud "Maka barang siapa yang mengikut petunjuk ku, maka tiadalah dia akan tersesat dan tiada pula akan sengsara" - (surah Al-Baqarah, ayat 38)


Kalangan ulama bersepakat meletakkan peristiwa hijrah sebagai 'zaman baru' yang memberi 'nafas baru' kepada misi penyebaran Islam. Selain daripada tahun hijrah diguna pakai sebagai penanda takwim baru umat Islam, hijrah juga menandakan bermulanya method kehidupan baru melalui pembinaan semula sahsiah dan keperibadian Muslim seperti yang dibentuk dan diperkasakan agama. Perpindahan daripada amalan yang memaparkan kejahilan setelah hilang panduan hidup kepada amalan yang berasaskan disiplin agama yang berpandukan al-Quran.


Menghayati penghijrahan Rasulullah SAW bermakna menghayati falsafah kecekapan dan kepintaran strategi, kesabaran dan kecekalan, keyakinan dan ketegasan, kesungguhan dan bermatlamat. Ia membabitkan semua peringkat masyarakat yang terdiri daripada belia yang diwakili oleh Saidina Ali, golongan dewasa yang diwakili oleh Abu Bakar As Siddiq, golongan korporat yang diwakili oleh Abdul Rahman Auf, golongan wanita yang diwakili oleh Asma' Abu Bakar. Pembabitan kalangan bukan Islam sebagai penunjuk jalan yang diwakili oleh Abdullah Uraiqit juga membantu dalam menjayakan misi penghijrahan ini.


Hari ini dan ketika ini, cerita penghijrahan Rasulullah SAW hanya sekadar catatan yang diabadikan dalam buku sejarah. Seperti cerita sejarah yang lain, cabaran penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah menjadi rakaman sejarah sekadar untuk dibaca sebagai bekalan bagi menjawab soalan peperiksaan. Lebih malang lagi amalan membaca berasaskan orientasi itu akan lupus selepas zaman persekolahan berakhir. Maka jadilah sejarah penghijrahan yang memberi implikasi yang besar maknanya kepada penyebaran Islam itu dilupakan secara berperingkat, jauh sekali untuk dihayati. Sedangkan inti pati dan mesej penghijrahan itu sangat besar dan amat mendalam pengertiannya di sisi agama. Sabda Rasulullah yang bermaksud "Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia." - (Hadis Riwayat Bukhari)

Kehadiran tahun Hijrah 1433 yang bakal hadir nanti diharapkan dapat mengubah persepsi Muslim berkaitan isu itu melalui iltizam yang penuh untuk diterjemahkan ke dalam bentuk pelaksanaan. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambah pulalah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya." - (Hadis Riwayat Ahmad)

:: KHURAFAT membawa KESESATAN ::

ISLAM adalah agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada keEsaan Allah yang Maha Kuasa, maka ukuran sempurna atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya.

                Namun demikian, masih terdapat di kalangan sesetengah umat Islam yang belum benar-benar sempurna tauhid mereka. Ini adalah kerana mereka mencampur adukkan fahaman khurafat dalam akidah mereka yang bertentangan dengan dasar tauhid. Perlu difahami bahawa syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah SWT pada sifat Uluhiyyiah atau sifat Rububyyiah Allah. Sifat Uluhiyyiah Allah ialah sifat yang berhak disembah,  dipatuhi perintah-Nya,  dicintai,  diberi tumpuan dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak segala keburukan.

                Manakala Sifat Rububiyah Allah pula ialah sifat Allah dalam mentadbir, mengurus, mendidik dan mengasuh makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Oleh kerana itu, amatlah sesat dan syirik jika kita mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihi,  mencintai dan mentaati perintah-Nya sebagaimana layaknya mencintai dan mentaati Allah atau meminta dan mengharapkan sesuatu hajat dari sebarang makhluk.

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 48:
Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguh-Nya ia telah melakukan dosa yang besar. “


Berdasarkan kajian oleh pihak-pihak tertentu, dilaporkan bahawa kepercayaan dan amalan-amalan khurafat masih subur dalam masyarakat kita. Antara amalan dan kepercayaan tersebut ialah pertama, mempercayai bomoh dan dukun dapat memenuhi sesuatu hajat.

                Sesetengah masyarakat kita di dapati ada yang menjadikan bomoh dan dukun sebagai tempat memohon dalam memenuhi sesuatu hajat. Hajat-hajat tersebut antaranya ialah seperti ingin mendapat pangkat, kedudukan dan pengaruh atau untuk mendapatkan calon isteri atau suami dan tidak kurang juga untuk menghilangkan penyakit.

                Demi cita-cita tersebut sesetengahnya telah meletakkan kepercayaan dan harapan kepada dukun dan bomoh. Keyakinan yang sebegini sebenarnya tergolong dalam pengertian menyekutukan Allah dari sudut sifat rububiyah dan sifat uluhiyah Allah SWT kerana memohon keperluan kepada makhluk. Lebih malang lagi ada segelintir bomoh yang mengambil kesempatan merogol,  mencabul kehormatan dan melakukan jenayah kekerasan. Dalam hal ini Nabi SAW telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Abdullah:

Mafhumnya: “ Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau ahli sihir atau bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka lalu dia mempercayainya akan apa yang dikatakan oleh mereka itu,  maka sesungguhnya dia telah menggerunkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW “. (Musnad Abi Ya’la)


Amalan kedua ialah memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal, pelaris perniagaan, penolak bahaya, penyembuh penyakit, penggerun, penunduk musuh dan sebagainya. Keyakinan kepada azimat yang sedemikian boleh membawa kepada syirik terhadap Allah. Rasulullah SAW melarang keras amalan memakai tangkal azimat. Di dalam sebuah hadith baginda menyebut:
Mafhumnya: Sesungguhnya jampi mantera,  tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah syirik “. (Sunan Abu Daud)


Kepercayaan khurafat yang lain ialah mempercayai hari-hari tertentu contohnya hari Rabu boleh mendatangkan keburukan kepada sesuatu pekerjaan seperti majlis kahwin, majlis pelancaran atau perasmian sesuatu program. Disebabkan yakin kepada kesialan hari-hari tersebut, maka terdapat di kalangan sesetengah masyarakat kita terpaksa menangguh atau melewatkan sesuatu pekerjaan. Sesungguhnya semua hari adalah baik dan boleh dilaksanakan apa juga pekerjaan. Adapun kegagalan, kemalangan dan keburukan yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian dan kelalaian kita sendiri.

                Mutakhir ini kita dapati segelintir masyarakat mula mempercayai bintang dan angka-angka tertentu yang didakwa boleh membawa tuah dan keberkatan. Justeru, ada yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli nombor-nombor tertentu seperti nombor pendaftaran kenderaan yang diyakini boleh membawa tuah. Demikian juga kepercayaan kepada bintang-bintang yang dihubungkan dengan tarikh kelahiran seseorang sehingga dijadikan ukuran untuk memilih pasangan hidup. Kesemua ini adalah kepercayaan karut marut yang jelas bertentangan dengan akidah tauhid uluhiyah dan rububiyah iaitu ketetapan buruk dan baik kehidupan dunia adalah hak mutlak Allah yang tidak ada kaitan langsung dengan pengaruh sebarang makhluk.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat  106:
Maksudnya: “ Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian,  maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).“

Antara impak & akibat dari perbuatan khurafat yang akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan di dunia dan di akhirat antaranya:

1.        boleh merosakkan akidah dan membatalkan amal ibadah.
2.        berlaku pembaziran masa kerana menunggu hari yang membawa berkat atau tuah.
3.        berlaku pembaziran wang ringgit kerana membayar pengeras atau upah dukun dan bomoh.
4.        berlaku permusuhan atau pembunuhan kerana terlalu mempercayai ramalan yang tidak benar.
5.        wujud kegelisahan dan ketidaktenteraman jiwa kerana bergantung kepada kuasa selain dari Allah; dan
6.        menjadi mangsa jenayah seks golongan yang tidak bertanggungjawab.
                 
                Justeru marilah kita memurnikan akidah kita dengan membudayakan hidup sebagai muslim yang berilmu. Berilmu dalam akidah,  berilmu dalam syariat dan berilmu dalam tasawuf. Semoga dengan ilmu kita terselamat daripada segala tipu-daya dan pengaruh khurafat dan ajaran sesat.

Maksudnya: “ Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.”





Tuesday 14 June 2011

IMAM MAHDI

Dari Abu Sa'id al-Khudri katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;-

“ Belum lagi terjadi kiamat sehingga bumi ini dipenuhi oleh kezaliman dan permusuhan. Kemudian lahirlah dari keturunanku atau dari keluargaku orang yang memenuhi dunia dengan keadilan dan kedamaian.Dunia dipenuhi keadilan sebagaimana dipenuhi kezaliman dan permusuhan sebelumnya.”
(hadis riwayat Ahmad)

**********

BILA ?

Dengan keadaan yang kacau bilau begitu dan tiada langsung ketenteraman manusia sudah bosan hidup.Ramai yang ingin mati sahaja dari hidup dalam keadaan
demikian.Orang yang pergi ke tanah perkuburan hatinya akan berkata :"Alangkah tenangnya mereka yang sudah dikuburkan di dalam tanah ini."


Rasulullah ada bersabda maksudnya;-

“Belum lagi terjadi kiamat sebelum seseorang lalu di kubur orang lain lalu dia pun bercita-cita seandainya dialah yang dikuburkan di tempat mayat yang sedang
bersemadi itu kerana hebatnya bala ketika itu.”
                                                         
                                                                                                        (hadis riwayat Muslim)

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq {tempat terbit matahari} dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam.Ketika itu juga
lengkaplah jumlah orang yang mengaku sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Akan tengelam kampung-kampung di negeri Syam.Muncul angin hitam yang menyebabkan ramai manusia mati.Sungai Furat di Iraq banjir menengelamkan kota Kufah.Akan terdengar seruan dari langit yang didengari oleh semua manusia di dunia dan anehnya suara itu difahami oleh semua orang tak kira bangsa apa.

Dikatakan juga pasukan tentera dari Turki akan menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka membunuh pemimpin-pemimpin Arab dan menguasi negaranya.

Dalam keadaan dunia yang kelam dan kabut serta kacau juga bilau tersebut tiba-tiba muncullah “Imam Mahdi”. Semua makhluk yang ada di langit dan di bumi merasa gembira dengan kedatangan beliau.Bukan hanya manusia malah binatang buas,burung-burung dan makhluk lainnya turut gembira.Beliau datang untuk meneruskan perjuangan datuknya Nabi Muhammad s.a.w untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan umat manusia akhir zaman tersebut.
**********


SIAPA ?

Dari Huzaifah katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;-

“ Sekiranya tidak tinggal umur dunia kecuali satu hari lagi,maka Allah akan mengutus padanya seorang lelaki yang namanya sama dengan namaku dan kelakuannya sama
dengan kelakuanku. Dia diberi kurnia (digelar) dengan Abu Abdullah.Dia akan dibai'at oleh orang ramai di antara Ruqun dan Maqam {di Makkah}. Allah akan mengembalikan agama Islam dengan tangannya dan menakluki beberapa negeri.Ketika itu nanti semua orang yang tinggal di bumi akan berkata :"Tiada Tuhan Melainkan Allah."…Allahu Akhbar”.”

Mendengar yang demikian bangkitlah seorang sahabat yang bernama Sulaiman kemudian berkata :"Ya Rasulullah,orang yang dijanjikan itu bakal lahir dari anakmu {keturunan} yang mana ? Rasulullah s.a.w menjawab :" Dari anakku yang ini," sambil mengunjuk dan memegang Husain bin Ali.

Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada pada ketika itu.Dia diangkat menjadi pemimpin ketika manusia semuanya semakin buruk keadaannya. Mereka memilih Imam Mahdi menjadi pemimpin setelah melihatnya berilmu,berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan.Manusia di ketika itu nanti mengharap semoga dia akan mengembalikan dunia kepada kebaikan.

Dengan perasaan yang cukup berat beliau {Imam Mahdi} menerimanya.Dia sendiri tidak tahu dirinya adalah Imam Mahdi. Begitu juga manusia yang memilihnya sebagai pemimpin dunia tidak tahu orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.

Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa beliau adalah Imam Mahdi.Dia tunjukkan perilaku yang baik,mengajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar sehingga orang pun mengikuti arahannya.


Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak tersebut mempunyai banyak kelebihan dan yang lebih penting lagi orang tersebut berjuang dengan ikhlas. Apabila manusia seluruh dunia mengikuti ajarannya maka Imam Mahdi pun mengatur dunia dengan baik.Keadilan ditegakkan seperti di zaman Rasulullah dahulu.Ketika masyarakat sudah baik dan beriman maka rahmat Allah datang dan rezeki melimpah ruah.


Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia tahulah masyarakat ketika itu bahawa yang memimpin mereka adalah Imam Mahdi.


Pada waktu Imam Mahdi berjuang untuk mengajak manusia kepada kebaikan demi memartabatkan kalimah Allah tiba-tiba muncullah Dajjal. Dajjal menyesatkan manusia
padahal sebelumnya telah beriman semenjak ketibaan Imam mahdi. Dajjal membawa banyak fitnah dan keburukan.


Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya;-

“ Tidak ada fitnah ( bencana ) yang paling buruk semenjak zaman nabi Adam sehingga hari kiamat,selain dari fitnah yang dibawa
Al-Masih dajjal.”
                                                                                                           
                                                                                                   {hadis riwayat Al-Hakim}

       wallahu alam…

Monday 13 June 2011

5 Peringkat golongan lalai dalam laksana solat

1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.


2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.


3. Boleh ikut dan menyorot apa sahaja yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.


4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.


5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.


6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang. Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja,




Kita tidak akan dapat rasa khusyuk. Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.



Ada hadis berbunyi; “Awal-awal agama adalah mengenal Allah Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.

Saturday 11 June 2011

.:: CINTA DALAM HATI ::.


Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Allah s.w.t fitrah insani. . .
 Dan di mana terciptanya cinta di situ rindu bermula. . .
Cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela. . .
wajah bahagia biarpun sengsara berkorban segala gala. . .

Semua kerana cinta. . .
yang pahit manis di rasa. . .
Menghitung nestapa, merawat luka damai di jiwa.. . .
Terpadam api benci permusuhan. . .
terjalinlah kasih sayang. . .
Begitulah cinta yang di idamkan. . .
Tanpa nafsu yang mencemarkan. . .

Jangan kerana bercinta kita pun leka entah ke mana. . .
Jangan kerna bercinta tergadai semua maruah agama. . .

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain. . .
dan kamu masih mampu masih tersenyum. . .
sambil berkata aku turut bahagia untukmu. . .

Kadang - kadang hidup ini sukar di ramal permainannya. . .
Yang pasti cinta dalam hati itu indah walaupun menyakitkan. . .

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya. . .
walaupun dia tidak berada di sisi kita. . .

Jangan kerana cinta. . .
kita gugur dari perjuangan dan. . .
Jangan kerana cinta juga. . .
prinsip kta menjadi larut dan cair. . .
Cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya menoktahkan titik akhir dalam percintaan. . .
Kesetiaan akan mengikat cinta.. . .
Kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. . .
Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama. . .

Hasil cetusan idea my sis ; PUAN DELAILA JAPAR






♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Friday 10 June 2011

" 12 GOLONGAN BANGKIT DARI KUBUR "


Firman Allah SWT dalam Surah al-Naba ayat 18:-

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

 
1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."




" Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh."

 


InsyaAllah....