Friday, 5 August 2011

ANTARA SAHABAT DAN IKHWAN

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 
Bismillahir rahmanir rahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…ahlan wasahlan wa marhaban bikum...

Jika sebelum ni, Uqhti' berbicara berkenaan Solat Sunat Teraweeh di Surau Al-Amin, salah sebuah surau di kawasan perumahan Uqhti'. Kali ini Uqhti berkongsi berkenaan cerita "Antara Sahabat dan Ikhwan". Dialog atau pun musyawarah antara Rasulullah s.a.w bersama sahabat-sahabat baginda.

Cuba ikuti cerita di bawah ini, mudah-mudahan ia sedikit sebanyak menambah”galeri ilmu kita” :-



Pada suatu hari terjadi percakapan di antara Rasulullah s.a.w dengan Abu Bakar Siddiq. Sahabat-sahabat yang lain pun ada mendengarkannya.

"Wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan)" berkata Rasulullah s.a.w.

"Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar.

"Bukan!" jawab Rasulullah s.a.w.

"Kamu ini adalah sahabat-sahabatku," selanjutnya Rasulullah s.a.w berkata, dan menegaskannya.
Keterangan Rasulullah itu sungguh menghairankan Abu Bakar, juga sahabat-sahabat lain yang hadir. Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan, siapakah yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w itu dengan penuh kerinduan?. Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka dan suasana musyawarah menjadi lebih serius kerana masing-masing ingin tahu mengenainya, malahan ini persoalan yang belum pernah mereka dengar dari Rasulullah s.a.w.

Rasulullah segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka, segeralah baginda menghuraikannya.

"ikhwan (saudara-saudara) ku."

"Mereka belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua mereka."

"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?" bertanya sahabat baginda, mereka masih merasa hairan dan ingin tahu penjelasan Rasulullah s.a.w selanjutnya.

"Kamu semua adalah sahabat-sahabatku," jelas Rasulullah s.a.w.

"Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?" Demikian Rasulullah s.a.w menjelaskan perkara itu.

Begitulah Rasulullah menerangkan bahawa mereka itu adalah umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca Al-Quran dan Hadis dan kerana itu mencintai Nabinya sebagai Rasul Allah yang penghabisan. Mereka juga mencintai Abu Bakar Siddiq dan sahabat-sahabat Nabi yang berjuang dalam menegakkan Islam.

Dalam satu waktu yang lain, baginda membicarakan kepada sahabat-sahabat tentang kemurnian iman ikhwan dan sekali lagi mereka berasa kehairanan dengan keadaan tersebut.
"Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?" demikian Rasulullah bertanya kepada sahabat.

"Malaikat," jawab mereka.

"Bagaimana malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah?" jawab baginda.

"Para Nabi," jawapan mereka lagi.

"Bagaimana Nabi tidak beriman kepada Allah sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?" Rasulullah membantah jawapan mereka.

"Kami," jawab sahabat lagi.

"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?" jawab Rasulullah lagi.

Betapa hairannya para sahabat mendengarkan jawapan-jawapan Rasulullah s.a.w itu dan mereka sudah cukup memahaminya. Manakala Rasulullah sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetahui siapakah makhluk ini, yang paling ajaib imannya.

"Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya."
Rasulullah pernah menegaskan lagi tentang kemurnian iman ikhwan ini dalam sabdanya: "Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah 7 kali orang-orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."

Demikian Rasulullah s.a.w mencintai ikhwan itu.

wallahu alam...








masyaALLAH...indahnya ciptaan-MU

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…

Pejam celik pejam celik, tak terasa Ramadhan da masuk hari ke-6, terlalu pantas masa bergerak umpama kita baru sahaja menjalani ibadah puasa semalam. Apa khabar semua sahabat-sahabat Qhazanah Cinta Ilahi? Juga tidak dilupakan kepada para penziarah blog sekalian..harapan Uqhti' moga kalian sentiasa dalam baraqa’ & perlindungan Allah…

Tidak terlalu lewat untuk Uqhti' Cinta Ilahi mengucapkan Ramadhan Al-Mubaraq untuk kalian semua. Moga Ramadhan 1432H kali ni dapat kita semua tempuhi dan jalani dengan penuh ketaqwaan kepada-NYA. Aktiviti malam seperti Ramadhan yang sebelum-sebelumnya yang sering kita lakukan selain membaca Al-Quran, mengerjakan Solat sunat Tahajjud mahupun Solat sunat Hajat adalah Solat Sunat Teraweeh, solat sunat yang dilakukan sama ada 8 rakaat sehingga 20 rakaat beserta witir 3 rakaat dan hanya dilakukan semasa bulan Ramadhan sahaja sama ada di surau, masjid atau rumah.


Entry kali ini,Uqhti' ingin berkongsi mengenai Solat Sunat Teraweeh di Surau Al-Amin, salah sebuah surau di kawasan perumahan yang Uqhti' diami. Malam ke-4 Ramadhan, seperti biasa Uqhti' akan pergi ke surau berkenaan bersama rakan serumah Uqhti' untuk mengerjakan solat sunat, namun malam berkenaan hanya Uqhti' sahaja yang pergi kerana rakan Uqhti' ada masalah kesihatan dan beliau tidak berkesempatan. Sebelum itu, Uqhti' ingin mengucapkan SYUKRAN JAZILAN kpd CIK SITI RAIHAN a.k.a Cik Sit's juga rakan serumah uqhti' kerana telah mengizinkan uqhti' untuk balik awal pada malam tersebut.


Solat Sunat Teraweeh malam ke-4 begitu istimewa sekali di surau Al-Amin. Apa yang istimewanya? mesti kalian penasaran kan? alamak...ada slang seberang la pulak? ente semua tertanya-tanya apa yang cuba Uqhti' sampaikan ni?. Malam tersebut Surau Al-Amin menerima jemputan imam dari luar, mengikut apa yang pengerusi masjid war-warkan Solat Sunat Teraweeh malam itu akan dibimbing dan diketuai oleh imam tersebut. Namun pengerusi tidak pula menjelaskan serba sedikit mengenai beliau, cukup dengan hanya Surau Al-Amin bertuah pada malam tersebut. Terlalu tawaduq' beliau, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati usahanya. 

 MasyaALLAH...hanya itu yang mampu Uqhti' gambarkan! terlalu indah ciptaan-MU ya ALLAH. Umpama malam itu Uqhti' solat berimamkan Syeikh Saad Al-Ghamdi!. Tersentuh mendengar setiap bait-bait Surah yang diperdengarkan dan airmata bergenang tidak hanya kepada ayat yang cuba di sampaikan tetapi betapa hebatnya kitab AL-QURAN.

Apa yang cuba disampaikan terlalu dekat dengan kita. Al-Quran kitab akhir zaman, kitab umat Muhammad!. Dewasa ini, Al-Quran hanya sebagai perhiasan seadanya. Digunakan sebagai hadiah mahupun cenderahati. Lupakah kita betapa ruginya kita jika tidak mendalami kitab Allah ini? Terlalu hina dan pincanglah kehidupan jika tidak mengamalkan dan memahaminya. 

Untuk itu, jadikanlah ia sebagai pedoman hidup sekalian sahabat-sahabat. Al-Quran pimpinan dan menunjangi akar kehidupan kita! 

wallahu alam...



Saturday, 30 July 2011

DOA BERBUKA PUASA

"Telah hilang rasa dahaga dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap, insyaALLAH".
[Shahih Sunan Abu Daud, no; 2,066]

Apabila Rasulullah SAW berbuka puasa, baginda membaca doa di atas. Maka, ia merupakan sebaik-baik doa untuk kita amalkan ketika berbuka puasa. Apabila sudah bersiap sedia dihadapan jamuan berbuka, Islam tidak mahu memberat-beratkan umatnya dengan doa yang panjang atau rumit. Maka memadai dengan doa yang ringkas seperti di atas.

Doa ini di baca secara berseorangan, masing-masing membacanay sendiri. Ia tidak dibaca beramai-ramai diklangan sahabat atau ahli keluarga yang hendak berbuka. Boleh membacanya dengan mengangkat tangan atau tanpa mengangkat tangan. Maksud doa berbuka puasa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-MU dengan rahmat-MU yang meliputi segala sesuatu supaya memberi ampunan atasku". {HR. Abu Dawud 2/306}

wallahu alam...

SEKSANYA meninggalkan SOLAT!!!!!

Sembahyang itu tiang agama...

Sesiapa yang mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya!!! Frasa dan ayat seperti ini sudah sinonim dengan halwa telinga kita semua...betul tak sahabat-sahabat Qhazanah Cinta Ilahi?maka...untuk itu,jadikannya penguat malahan sisipkan dalam minda agar kita tidak lalai dalam melaksanakannya!



6 SEKSAAN DI DUNIA!!!

~ Allah mengurangkan berkat umurnya!.
~ Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia!.
~ Allah menghilangkan tanda atau Nur (cahaya) dari raut wajahnya!.
~ Golongan ini tidak akan memperoleh tempat di dalam islam!.
~ Amal kebajikan yang dilakukannya tidak akan mendapat pahala atau ganjaran dari Allah!.
~ Allah tidak akan menerima mahupun memperkenankan doanya!.

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI KEMATIAN!!!

~ Mati dalam keadaan yang amat hina!.
~ Mati dalam keadaan yang amat lapar!.
~ Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberi banyak minuman ketika hidupnya!.

3 SEKSAAN SEWAKTU ALAM KUBUR!!!


~ Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya!.
~ Allah akan menggelapkan kuburnya!.
~ Allah akan menyeksanya sehingga Hari Qiamat!.


3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH!!!


~ Pada Hari Qiamat, ia akan dibelenggu oleh malaikat!.
~ Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan!.
~ Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang yang meninggalkan solat akan di azab dalam Neraka dengan azab yang sangat *** *(wallahu alam)!.


DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU!



SUBUH
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DIMASUKKAN KE NERAKA SELAMA 30 TAHUN DI AKHIRAT BERSAMAAN 60,000 TAHUN DI DUNIA!.


ZOHOR
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DOSANYA SEPERTI MEMBUNUH 1,000 UMAT ISLAM!.


ASAR
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DOSANYA UMPAMA MERUNTUHKAN BAITULLAH
       ( KAABAH DI MASJIDIL HARAM,MAKKAH )


MAGHRIB
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DOSANYA SEPERTI BERZINA DENGAN IBU SENDIRI!.


ISYA'
*** SEKALI MENINGGALKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK REDHA' ORANG ITU      TINGGAL DIBUMI DAN BERBUMBUNGKAN LANGIT SERTA MAKAN & MINUM DARI   NIKMAT ALLAH!.


Sesungguhnya perintah solat sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah untuk kepentingan manusia itu sendiri, tetapi malangnya ramai manusia yang cuai dan mengabaikan pesanan-pesanan Al-Quran tentang solat.

Allah adalah Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada makhlukNYA, telah memberi panduan dan arahan agar mengamalkan solat, bahkan Allah melalui Al-Quran memberi keterangan secara terperinci bagi mereka yang menghadapi kesulitan dalam mengamalkan solat contohnya ketiadaan air, sakit atau dalam sesuatu  perjalanan. Semua itu telah di atur dalam Al-Quran,yang membuktikan bahawa solat amat dititikberatkan!.


Di dalam Surah al-Ma'un : 1-7 dengan jelas Allah berfirman berkenaan mereka yang cuai terhadap solat akan diancam dengan Neraka Wail!.

Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan-NYA dan berada dalam lembahyung rahmat-NYA...


Wallahu alam...

Thursday, 21 July 2011

Keberkatan Bulan Rejab, Sya'ban & Ramadhan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…

Apa khabar semua sahabat-sahabat Qhazanah Cinta Ilahi? Juga tidak dilupakan kepada para penziarah blog sekalian..harapan saya,moga kalian sentiasa dalam baraqa’ & perlindungan Allah…Kurang beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma, begitu berlalunya Rejab maka Sya'ban juga akan turut melabuhkan tirainya Ahad depan. Adakah rakan-rakan telah bersedia dengan kedatangan Ramadhan kali ini?
Setiap bulan mempunyai keistimewaan tersendiri dan kerana itu bagi yang mengetahui, tidak sabar menanti kehadirannya untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala. Sesungguhnya, Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hamba-Nya dalam bulan berkenaan. Rejab mulia kerana Isra’ Mikrajnya, Sya’ban dengan malam Nifsu Sya’bannya manakala Ramadhan dimuliakan dengan Lailatul Qadarnya.

Antara rahmat Allah yang terbesar kepada hamba-Nya adalah dengan melibatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan itu. Wahai muslim & muslimah sekalian, sebagai hamba-Nya kita perlu menjadi insane yang tamak dalam urusan amal ibadat ini. Kautlah sebanyak mana keuntungan dan kemuliaan kerana ia hanya datang sekali setahun.
Janganlah mengambil sikap menangguh dalam urusan amal ibadat kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia. Buangkan dalam fikiran masih ada masa lagi tahun akan datang. Ingatlah, masa sentiasa bergerak dan tidak akan berpatah balik dan kita tidak pasti tahu depan kita masih hidup, sihat atau sibuk.
Allah Maha Melihat atas apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar atas apa yang kita ucapkan. Allah Maha Tahu apa yang kita lintaskan dalam hati. Allah memberikan ganjaran atau balasan berdasarkan sejauh mana kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah. Jika kita bersungguh-sungguh beramal mencari keredhaan Allah, Allah akan member balasan setimpal dengan usaha yang disumbangkan. Sebaliknya jika di dunia kita tidak mengambil pusing akan urusan ibadat, maka suadah tentu Allah tidaka akan mempedulikan perihal hidup kita di dunia dan di akhirat.
Antara amalan-amalan yang dijanjikan limpahan pahala dan baraqa’ adalah :-
Amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca Al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya.
Manakala waktu malam di isi dengan solat tahajjud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, membaca Al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.
Selain berpuasa, umat islam di galakkan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab. Allah banyak melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain.
Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dicatatkan bahawa barangsiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan.
Bersabar di atas segala kesusahan atau bala. Sekiranya kita bersabar atas segala kesusahan yang ditimpakan, Allah akan meningkatkan darjat kita sebagai manusia.
Sentiasa bersyukur dalam setiap yang dikurniakan. Diberi senang kita bersyukur, ditimpahkan kesusahan kita bersabar. Ada wang atau tidak sama sahaja kerana semua itu adalah ujian. Sungguh banyak sekali keterangan ulama mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting bukan setakat menghuraikan kelebihan tetapi sejauhmana kita mengamalkan atau mengambil peluang daripada tawaran Allah ini.
Adakah tindak balas kita sama hebat ketika mendengar ada jualan murah dengan tawaran Allah yang menjanjikan kemuliaan di bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Tawaran yang kekal abadi serta menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Sehubungan itu, buatlah ujian pada diri sendiri dengan melihat sejauhmana kita member respon terhadap tawaran ukhrawiah dan apakah respon kita terhadap tawaran dunia. Bandingkan kecenderungan atau kemahuan diri kita apabila berhadapan dengan kedua-dua tawaran ini.
Yang mana lebih menggiurkan atau menyelerakan??? Dari sini barulah kita tahu pendirian dan sikap kita. Tepuk dada tanyalah iman. Hanya diri sendiri yang lebih mengetahui rahsia diri peribadi. Bertolak dari sini, barulah kita dapat memperbetulkan hala tuju yang perlu diambil untuk keselamatan diri kita di dunia dan akhirat.
Sesudah itu barulah kita boleh menaruh harapan dalam perjalanan bertemu Yang Esa. Harapan kita biarlah kita untung dan bahagia di dunia dan di akhirat. Sama-samalah kita berusaha kearah memperbaiki hidup sepanjang bulan Rejab ini,supaya Allah menambahkan ketaqwaan dan kekuatan kepada kita untuk melakukan amal ibadat dalam bulan Sya’ban dan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi.
Semoga kita berpeluang bertemu dan berada dalam bulan yang paling mulia – Ramadhan dan semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah….
Amin Ya Allah...

wallahu alam...




petikan dan  sumber :- GrupMajalah Karangkraf  ( majalah NUR Edisi Julai '11)