Thursday, 9 June 2011

::: BERBUAT BAIK DAPAT MENYEJUKKAN JIWA :::

Kebaikan sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya, dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Dan orang yang mula-mula akan merasa manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Merekalah yang merasa hasilnya serta merta dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka, hingga mereka pun sentiasa berlapang dada, tenang, tenteram dan damai.

Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati. Bersedekahlah pada orang yang papa{golongan miskin}, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang ditimpa musibah, nescaya anda akan  merasa bahagia dalam semua aspek hidup anda.

Perbuatan baik itu umpama wangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi orang-orang yang berada disekelilingnya juga. Dan manfaat kejiwaan dari kebaikan itu terasa seperti ubat-ubatan yang berkesan telah tersedia di kotak ubat orang yang berhati baik dan bersih.

Memberikan senyuman kepada mereka yang gersang jiwanya adalah umpama & merupakan sedekah jariyah. Ini, tersirat dalam bimbingan akhlak yang menyebut; “…sekalipun engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri.” {Hadis Nabi}

Sedangkan kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain yang hanya diketahui berlakunya oleh Yang Maha Gha’ib.

Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat menghasilkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahawa Yang Pemberi pahala adalah Zat Yang Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebaikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Wahai orang-orang yang merasa terancam dengan himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kebimbangan hidup, kunjungilah taman-taman kebaikan; sibukkan diri kamu dengan memberi, mengunjugi, membantu, menolong dan meringan beban sesama manusia. Dengan semua itu, nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan dalam semua aspek; dan juga hakikatnya.


            “Sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengharap keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia akan tetap berpuas hati [pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya].”
 { Surah Al-Lail: 19-21}

Wednesday, 8 June 2011

Doa Ketika Menuntut Ilmu...

DOA KECERGASAN

اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِِ وَالْكَسَلِِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَال

“Ya Allah, aku berlindung kepada engkau daripada kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan aku berlindung daripada ketakutan, kebakhilan, kesulitan yang ditimbulkan oleh hutang dan penindasan orang”.

 DOA MENGHILANGKAN DARAH GEMURUH

سَخِّرْلِيْ كُلَّ أَحَدٍ بِحَقِّ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَللَّهُمَّ اَحْطَعْ لِيْ كُلَّ مَنْ يَرَانِيْ مِنَ الْجِنِّ وَالاِنْسِ وَالطَّيْرِ وَالْوَحْشِ وَالْهَوَامِ

“Mudahkanlah wahai Tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah Bismillahirrahmanirrahim, wahai tuhan Engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku, daripada jin, manusia, burung dan binatang buas dan lain-lain binatang.

DOA PENERANG HATI

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“Ya Allah, bukakanlah hikmah Mu dan turunkanlah rahmat daripada khazanah Mu itu kepada kami, ya Tuhan yang Maha Pengasih lagi penyayang”.

 DOA BILA TERLUPA

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنََامُ وَلاَ يَسْهُو اَللَّهُمَّ ذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ

“Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa, ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa”.

 DOA MUDAH FAHAM DAN KEKAL

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَاِلْهَامَ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرّبِيْنَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 

“Ya Allah kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada malaikat yang hampir dengan-Mu. Kurniakanlah kami kesihatan wahai yang amat mengasihani”.

DOA MENDAPAT IDEA YANG BAIK
اَللَّهُمَّ الْهَمْنِى رُشْدِي وَأَعِذْنِيْ مِنْ شَرِّ نَفْسِي

“Ya Allah! Kurniakanlah aku ilham dan peliharalah aku daripada kejahatan diri ku

7 SUNNAH RASULULLAH SAW....


Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:
1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya
membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.
6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, Orang yang selalu berwudu senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah.
7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.