Cinta ALLAH… Yang selamanya aku cari, Tiada waktu aku tinggalkan, Demi cintaku kepada-MU, Walau seribu rintangan, Kan menghadang dalam diri, Ku teguhkan hati ini, Hanya pada-MU.
Tuesday, 9 August 2011
BAHANA "SUKA MEMINTA-MINTA"
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…
Alhamdulillah…Syukur kehadrat Allah kerana kita semua mampu lagi menjalani ibadah dan perintah-Nya untuk Ramadhan hari yang ke-9 pada hari ini. InsyaALLAH, jika berkesempatan pada esok hari jua genap 10 hari kita melaksanakan ibadah berpuasa. Untuk itu, semoga kita semua dikurniakan rahmat agar mampu menamatkan perjalanan Ramadhan sehingga ke penghujungnya. Amin ya Allah…
Seperti biasa, doa Uqhti’ agar sahabat & ikhwan Qhazanah Cinta Ilahi sentiasa dalam baraqa’ & perlindungan Allah…
Uqhti’ ingin bercerita berkenaaan sedekah di bulan Ramadhan ini khususnya. SEDEKAH yang paling besar pahalanya menurut Rasulullah SAW ialah ketika kita sihat, ketika kita ada rasa takut miskin, ketika kita mengharapkan akan menjadi seorang hartawan dan kaya raya. Pada ketika itulah kita harus segera bersedekah dan pahalanya sangat besar. Tetapi melihatkan kehidupan pada hari ini, Uqhti’ ingin bertanya adakah semua ini kita aplikasikan dan praktikkan dalam diari hidup kita? Tiada bukan? Kita semua lalai dan alpha dengan nikmat dunia sehinggakan kita melupakannya.
Dalam pada itu kita tidak digalakkan meminta sedekah tetapi di anjurkan memberi sedekah kerana tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah. Ini membuktikan bahawa pemberi sedekah lebih mulia daripada penerima sedekah. Namun jangan pula apabila kita telah memberi, usahlah dijaja atau diwar-warkan kepada orang lain bahawa kita telah menghulurkannya, dalam erti kata lain memberi sedekah. Ini kerana sifat riak (menunjuk-nunjuk) dan takbur telah menutupi pahala yang dijanjikan Allah untuk pemberi sedekah berkenaan. Seboleh-bolehnya ibadah yang dilakukan oleh tangan kanan tidak diketahui oleh tangan kiri.
Mereka yang sengaja meminta-minta, terutama dalam keadaan diri yang sebenarnya tidak lagi memerlukan sedekah harus menghayati 2 hadis berikut :-
I] DARIPADA HAMZAH BIN ‘ABDULLAH (bin Umar) r.a daripada bapanya, katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang peminta-minta, kelak di hari kiamat, dia akan dating menemui Allah dengan muka tanpa daging. (Hadis 1,000 daripada Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II, III & IV)
II] DARIPADA ABU HURAIRAH r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang meminta-minta kepada orang ramai untuk mengumpul harta kekayaan, bererti dia meminta-minta bara api, sama sahaja halnya apakah yang diterimanya sedikit atau banyak. (Hadis 1,001 daripada Kitab Terjemahan Hadis Muslim Jilid I, II, III,& IV)
sesungguhnya yang kurang itu datangnya dari Uqhti Cinta Ilahi, dan Allah jua la lebih dari segala-galanya… wallahu alam…
Sunday, 7 August 2011
.:: HADAPILAH HIDUP SEBAGAIMANA ADANYA ::.
.:: Hidup…Hidup…Hidup…Ada apa pada hidup? Apakah itu hidup?Kita hidup untuk apa? Mengapa kita hidup dan bernyawa? Jikalau kita tidak hidup, dimanakah kedudukan kita sekarang ini?Allahu Akbar…Allah Maha Besar! Semua ini telah dicatatkan dan terencana oleh-MU ::.
Keadaan dunia ini penuh nikmat, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua ini bercampur baur dengan kecemasan mahupun kesusahan hidup. Dan kita adalah sebahagian daripada dunia yang sedang dalam kesukaran.
Ingatlah ! bahawa kita tidak akan menjumpai seorang ayah, isteri, suami, kawan, sahabat, tempat tinggal, atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyukarkan. Lebih daripada itu, adakalanya sebaliknya pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak kita sukai. Justeru itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan sejuknya kebaikan yang ada padanya. Itu jika kita mahu selamat dengan adil dan bijaksana. Hal ini kerana betapa pun setiap luka itu ada harga dan nilainya.
Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling bertentangan, dua jenis yang bertentangan, dua kubu yang saling bertentangan dan dua pendapat yang saling bertentangan yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dan selepas itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik, kebagusan dan kebahagiaan itu di Syurga. Walhal yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di Neraka.Dunia ini terlaknat, dan semua yang ada di dalamnya terlaknat kecuali Zikir kepada Allah dan semua yang berkaitan dengannya, seorang yang alim dan seorang yang belajar –begitu kata hadis.
Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyatan yang datang, jangan hanyut dalam khayalan dan jangan sesekali menerawang ke alam angan-angan. Hadapi hidup ini apa adanya :- kawal jiwa kita untuk dapat menerima dan juga menikmatinya. Bagaimanapun, tidak mungkin semua kawan akan ikhlas kepada kita dan semua perkara sempurna pada pandangan kita. Kerana keikhlasan dan kesempurnaan itu bukan ciri dan sifat hidup dunia.
Adalah sebaiknya kita memaafkan dan berdamai semula, mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyukarkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk masa-masa tertentu, memperbetulkan langkah dan berbagai-bagai hal yang menganggu dan tidak perlu.
Kita umpama peminjam atau pun penyewa kepada dunia milik Allah yang hakiki. Oleh yang demikian, bersikap la seperti peminjam yang sebenarnya dengan menjaga dan memelihara sesuatu barang yang bukan kepunyaan kita. Suatu saat nanti, Empunya pemilik akan mengambil hak dan miliknya! Sentiasalah kita semua ber INGAT!
wallahu alam…
Friday, 5 August 2011
ANTARA SAHABAT DAN IKHWAN
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismillahir rahmanir rahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…ahlan wasahlan wa marhaban bikum...
Jika sebelum ni, Uqhti' berbicara berkenaan Solat Sunat Teraweeh di Surau Al-Amin, salah sebuah surau di kawasan perumahan Uqhti'. Kali ini Uqhti berkongsi berkenaan cerita "Antara Sahabat dan Ikhwan". Dialog atau pun musyawarah antara Rasulullah s.a.w bersama sahabat-sahabat baginda.
Cuba ikuti cerita di bawah ini, mudah-mudahan ia sedikit sebanyak menambah”galeri ilmu kita” :-
Pada suatu hari terjadi percakapan di antara Rasulullah s.a.w dengan Abu Bakar Siddiq. Sahabat-sahabat yang lain pun ada mendengarkannya.
"Wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan)" berkata Rasulullah s.a.w.
"Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar.
"Bukan!" jawab Rasulullah s.a.w.
"Kamu ini adalah sahabat-sahabatku," selanjutnya Rasulullah s.a.w berkata, dan menegaskannya.
Keterangan Rasulullah itu sungguh menghairankan Abu Bakar, juga sahabat-sahabat lain yang hadir. Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan, siapakah yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w itu dengan penuh kerinduan?. Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka dan suasana musyawarah menjadi lebih serius kerana masing-masing ingin tahu mengenainya, malahan ini persoalan yang belum pernah mereka dengar dari Rasulullah s.a.w.
Rasulullah segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka, segeralah baginda menghuraikannya.
"ikhwan (saudara-saudara) ku."
"Mereka belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua mereka."
"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?" bertanya sahabat baginda, mereka masih merasa hairan dan ingin tahu penjelasan Rasulullah s.a.w selanjutnya.
"Kamu semua adalah sahabat-sahabatku," jelas Rasulullah s.a.w.
"Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?" Demikian Rasulullah s.a.w menjelaskan perkara itu.
Begitulah Rasulullah menerangkan bahawa mereka itu adalah umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca Al-Quran dan Hadis dan kerana itu mencintai Nabinya sebagai Rasul Allah yang penghabisan. Mereka juga mencintai Abu Bakar Siddiq dan sahabat-sahabat Nabi yang berjuang dalam menegakkan Islam.
Dalam satu waktu yang lain, baginda membicarakan kepada sahabat-sahabat tentang kemurnian iman ikhwan dan sekali lagi mereka berasa kehairanan dengan keadaan tersebut.
"Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?" demikian Rasulullah bertanya kepada sahabat.
"Malaikat," jawab mereka.
"Bagaimana malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah?" jawab baginda.
"Para Nabi," jawapan mereka lagi.
"Bagaimana Nabi tidak beriman kepada Allah sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?" Rasulullah membantah jawapan mereka.
"Kami," jawab sahabat lagi.
"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?" jawab Rasulullah lagi.
Betapa hairannya para sahabat mendengarkan jawapan-jawapan Rasulullah s.a.w itu dan mereka sudah cukup memahaminya. Manakala Rasulullah sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetahui siapakah makhluk ini, yang paling ajaib imannya.
"Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya."
Rasulullah pernah menegaskan lagi tentang kemurnian iman ikhwan ini dalam sabdanya: "Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah 7 kali orang-orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."
Demikian Rasulullah s.a.w mencintai ikhwan itu.
wallahu alam...
masyaALLAH...indahnya ciptaan-MU
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…
Pejam celik pejam celik, tak terasa Ramadhan da masuk hari ke-6, terlalu pantas masa bergerak umpama kita baru sahaja menjalani ibadah puasa semalam. Apa khabar semua sahabat-sahabat Qhazanah Cinta Ilahi? Juga tidak dilupakan kepada para penziarah blog sekalian..harapan Uqhti' moga kalian sentiasa dalam baraqa’ & perlindungan Allah…
Tidak terlalu lewat untuk Uqhti' Cinta Ilahi mengucapkan Ramadhan Al-Mubaraq untuk kalian semua. Moga Ramadhan 1432H kali ni dapat kita semua tempuhi dan jalani dengan penuh ketaqwaan kepada-NYA. Aktiviti malam seperti Ramadhan yang sebelum-sebelumnya yang sering kita lakukan selain membaca Al-Quran, mengerjakan Solat sunat Tahajjud mahupun Solat sunat Hajat adalah Solat Sunat Teraweeh, solat sunat yang dilakukan sama ada 8 rakaat sehingga 20 rakaat beserta witir 3 rakaat dan hanya dilakukan semasa bulan Ramadhan sahaja sama ada di surau, masjid atau rumah.
Entry kali ini,Uqhti' ingin berkongsi mengenai Solat Sunat Teraweeh di Surau Al-Amin, salah sebuah surau di kawasan perumahan yang Uqhti' diami. Malam ke-4 Ramadhan, seperti biasa Uqhti' akan pergi ke surau berkenaan bersama rakan serumah Uqhti' untuk mengerjakan solat sunat, namun malam berkenaan hanya Uqhti' sahaja yang pergi kerana rakan Uqhti' ada masalah kesihatan dan beliau tidak berkesempatan. Sebelum itu, Uqhti' ingin mengucapkan SYUKRAN JAZILAN kpd CIK SITI RAIHAN a.k.a Cik Sit's juga rakan serumah uqhti' kerana telah mengizinkan uqhti' untuk balik awal pada malam tersebut.
Solat Sunat Teraweeh malam ke-4 begitu istimewa sekali di surau Al-Amin. Apa yang istimewanya? mesti kalian penasaran kan? alamak...ada slang seberang la pulak? ente semua tertanya-tanya apa yang cuba Uqhti' sampaikan ni?. Malam tersebut Surau Al-Amin menerima jemputan imam dari luar, mengikut apa yang pengerusi masjid war-warkan Solat Sunat Teraweeh malam itu akan dibimbing dan diketuai oleh imam tersebut. Namun pengerusi tidak pula menjelaskan serba sedikit mengenai beliau, cukup dengan hanya Surau Al-Amin bertuah pada malam tersebut. Terlalu tawaduq' beliau, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati usahanya.
MasyaALLAH...hanya itu yang mampu Uqhti' gambarkan! terlalu indah ciptaan-MU ya ALLAH. Umpama malam itu Uqhti' solat berimamkan Syeikh Saad Al-Ghamdi!. Tersentuh mendengar setiap bait-bait Surah yang diperdengarkan dan airmata bergenang tidak hanya kepada ayat yang cuba di sampaikan tetapi betapa hebatnya kitab AL-QURAN.
Apa yang cuba disampaikan terlalu dekat dengan kita. Al-Quran kitab akhir zaman, kitab umat Muhammad!. Dewasa ini, Al-Quran hanya sebagai perhiasan seadanya. Digunakan sebagai hadiah mahupun cenderahati. Lupakah kita betapa ruginya kita jika tidak mendalami kitab Allah ini? Terlalu hina dan pincanglah kehidupan jika tidak mengamalkan dan memahaminya.
Untuk itu, jadikanlah ia sebagai pedoman hidup sekalian sahabat-sahabat. Al-Quran pimpinan dan menunjangi akar kehidupan kita!
wallahu alam...
Saturday, 30 July 2011
DOA BERBUKA PUASA
"Telah hilang rasa dahaga dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap, insyaALLAH".
[Shahih Sunan Abu Daud, no; 2,066]
Apabila Rasulullah SAW berbuka puasa, baginda membaca doa di atas. Maka, ia merupakan sebaik-baik doa untuk kita amalkan ketika berbuka puasa. Apabila sudah bersiap sedia dihadapan jamuan berbuka, Islam tidak mahu memberat-beratkan umatnya dengan doa yang panjang atau rumit. Maka memadai dengan doa yang ringkas seperti di atas.
Doa ini di baca secara berseorangan, masing-masing membacanay sendiri. Ia tidak dibaca beramai-ramai diklangan sahabat atau ahli keluarga yang hendak berbuka. Boleh membacanya dengan mengangkat tangan atau tanpa mengangkat tangan. Maksud doa berbuka puasa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-MU dengan rahmat-MU yang meliputi segala sesuatu supaya memberi ampunan atasku". {HR. Abu Dawud 2/306}
wallahu alam...
[Shahih Sunan Abu Daud, no; 2,066]
Apabila Rasulullah SAW berbuka puasa, baginda membaca doa di atas. Maka, ia merupakan sebaik-baik doa untuk kita amalkan ketika berbuka puasa. Apabila sudah bersiap sedia dihadapan jamuan berbuka, Islam tidak mahu memberat-beratkan umatnya dengan doa yang panjang atau rumit. Maka memadai dengan doa yang ringkas seperti di atas.
Doa ini di baca secara berseorangan, masing-masing membacanay sendiri. Ia tidak dibaca beramai-ramai diklangan sahabat atau ahli keluarga yang hendak berbuka. Boleh membacanya dengan mengangkat tangan atau tanpa mengangkat tangan. Maksud doa berbuka puasa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-MU dengan rahmat-MU yang meliputi segala sesuatu supaya memberi ampunan atasku". {HR. Abu Dawud 2/306}
wallahu alam...
SEKSANYA meninggalkan SOLAT!!!!!
Sembahyang itu tiang agama...
Sesiapa yang mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya!!! Frasa dan ayat seperti ini sudah sinonim dengan halwa telinga kita semua...betul tak sahabat-sahabat Qhazanah Cinta Ilahi?maka...untuk itu,jadikannya penguat malahan sisipkan dalam minda agar kita tidak lalai dalam melaksanakannya!
6 SEKSAAN DI DUNIA!!!
~ Allah mengurangkan berkat umurnya!.
~ Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia!.
~ Allah menghilangkan tanda atau Nur (cahaya) dari raut wajahnya!.
~ Golongan ini tidak akan memperoleh tempat di dalam islam!.
~ Amal kebajikan yang dilakukannya tidak akan mendapat pahala atau ganjaran dari Allah!.
~ Allah tidak akan menerima mahupun memperkenankan doanya!.
~ Mati dalam keadaan yang amat hina!.
~ Mati dalam keadaan yang amat lapar!.
~ Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberi banyak minuman ketika hidupnya!.
~ Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya!.
~ Allah akan menggelapkan kuburnya!.
~ Allah akan menyeksanya sehingga Hari Qiamat!.
~ Pada Hari Qiamat, ia akan dibelenggu oleh malaikat!.
~ Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan!.
~ Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang yang meninggalkan solat akan di azab dalam Neraka dengan azab yang sangat *** *(wallahu alam)!.
DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU!
SUBUH
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DIMASUKKAN KE NERAKA SELAMA 30 TAHUN DI AKHIRAT BERSAMAAN 60,000 TAHUN DI DUNIA!.
( KAABAH DI MASJIDIL HARAM,MAKKAH )
MAGHRIB
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DOSANYA SEPERTI BERZINA DENGAN IBU SENDIRI!.
Sesungguhnya perintah solat sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah untuk kepentingan manusia itu sendiri, tetapi malangnya ramai manusia yang cuai dan mengabaikan pesanan-pesanan Al-Quran tentang solat.
Allah adalah Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada makhlukNYA, telah memberi panduan dan arahan agar mengamalkan solat, bahkan Allah melalui Al-Quran memberi keterangan secara terperinci bagi mereka yang menghadapi kesulitan dalam mengamalkan solat contohnya ketiadaan air, sakit atau dalam sesuatu perjalanan. Semua itu telah di atur dalam Al-Quran,yang membuktikan bahawa solat amat dititikberatkan!.
Di dalam Surah al-Ma'un : 1-7 dengan jelas Allah berfirman berkenaan mereka yang cuai terhadap solat akan diancam dengan Neraka Wail!.
Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan-NYA dan berada dalam lembahyung rahmat-NYA...
Wallahu alam...
Sesiapa yang mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya!!! Frasa dan ayat seperti ini sudah sinonim dengan halwa telinga kita semua...betul tak sahabat-sahabat Qhazanah Cinta Ilahi?maka...untuk itu,jadikannya penguat malahan sisipkan dalam minda agar kita tidak lalai dalam melaksanakannya!
6 SEKSAAN DI DUNIA!!!
~ Allah mengurangkan berkat umurnya!.
~ Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia!.
~ Allah menghilangkan tanda atau Nur (cahaya) dari raut wajahnya!.
~ Golongan ini tidak akan memperoleh tempat di dalam islam!.
~ Amal kebajikan yang dilakukannya tidak akan mendapat pahala atau ganjaran dari Allah!.
~ Allah tidak akan menerima mahupun memperkenankan doanya!.
3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI KEMATIAN!!!
~ Mati dalam keadaan yang amat hina!.
~ Mati dalam keadaan yang amat lapar!.
~ Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberi banyak minuman ketika hidupnya!.
3 SEKSAAN SEWAKTU ALAM KUBUR!!!
~ Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya!.
~ Allah akan menggelapkan kuburnya!.
~ Allah akan menyeksanya sehingga Hari Qiamat!.
3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH!!!
~ Pada Hari Qiamat, ia akan dibelenggu oleh malaikat!.
~ Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan!.
~ Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang yang meninggalkan solat akan di azab dalam Neraka dengan azab yang sangat *** *(wallahu alam)!.
SUBUH
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DIMASUKKAN KE NERAKA SELAMA 30 TAHUN DI AKHIRAT BERSAMAAN 60,000 TAHUN DI DUNIA!.
ZOHOR
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DOSANYA SEPERTI MEMBUNUH 1,000 UMAT ISLAM!.ASAR
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DOSANYA UMPAMA MERUNTUHKAN BAITULLAH( KAABAH DI MASJIDIL HARAM,MAKKAH )
MAGHRIB
*** SEKALI MENINGGALKANNYA DOSANYA SEPERTI BERZINA DENGAN IBU SENDIRI!.
ISYA'
*** SEKALI MENINGGALKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK REDHA' ORANG ITU TINGGAL DIBUMI DAN BERBUMBUNGKAN LANGIT SERTA MAKAN & MINUM DARI NIKMAT ALLAH!.Sesungguhnya perintah solat sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah untuk kepentingan manusia itu sendiri, tetapi malangnya ramai manusia yang cuai dan mengabaikan pesanan-pesanan Al-Quran tentang solat.
Allah adalah Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada makhlukNYA, telah memberi panduan dan arahan agar mengamalkan solat, bahkan Allah melalui Al-Quran memberi keterangan secara terperinci bagi mereka yang menghadapi kesulitan dalam mengamalkan solat contohnya ketiadaan air, sakit atau dalam sesuatu perjalanan. Semua itu telah di atur dalam Al-Quran,yang membuktikan bahawa solat amat dititikberatkan!.
Di dalam Surah al-Ma'un : 1-7 dengan jelas Allah berfirman berkenaan mereka yang cuai terhadap solat akan diancam dengan Neraka Wail!.
Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan-NYA dan berada dalam lembahyung rahmat-NYA...
Wallahu alam...
Subscribe to:
Posts (Atom)










