Saturday, 27 August 2011

.:: Ketika Cinta ::.

Ada tiada rasa dalam jiwa,
Rindu akan memanggil-MU,
Kerana setia jiwa telah bersumpah,
Setia hanyalah kepada-MU.

Bila cinta ada di dalam jiwa,
Wangi bunga dunia tanpa nestapa,
Segala yang dirasa hanyalah Dia,
Hati akan memuja hanya pada-Nya.

Ketika cinta memanggil…Gementar tubuhku,
Ketika cinta memanggil…Hangatnya nafasku,
Ketika cinta memanggil…Menderu sang rindu,

Ketika cinta memanggil…

Rindu…
Rindu…
Rindu kalbu…
Memanggil-manggil nama-MU.

Seperti terbang di langit-MU,
Tenggelam di lautan cinta-MU.

Bertabur kalbu yang rindu,
Melebur menjadi satu,
Bagai menari diiringi pelangi,
Ketika iman memanggil.

Ya Allah…



No comments:

Post a Comment